Pages

Friday, 25 March 2016

Institusi masjid dan surau adalah tanggungjawab semua -Karim

March 25, 2016

UNTUK KENANGAN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar dengan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid an-Najjah. Turut kelihatan ialah Encik Habari Bakar.
Datuk Abdul Karim Rahman
Hamzah menyampaikan
ucapan
ASAJAYA: Semua pihak bertanggungjawab memastikan institusi masjid dan surau sentiasa menjadi platfom untuk menyatukan ummah.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata anggapan bahawa tanggungjawab ini hanya digalas oleh pihak pengurusan masjid dan surau merupakan satu anggapan yang tidak tepat.

Walau bagaimanapun Abdul Karim, ketika berucap di Program Gotong Royong Masjid an-Najjah disini pagi tadi, mengakui bahawa sedikit sebanyak pandangan yang salah ini berpunca dari pengurusan masjid dan surau yang gagal mengimarakkan masjid dan surau.

Datuk Abdul Karim Hamzah dan AJK Masjid
an-Najjah meninjau persekitaran masjid selepas
aktiviti gotong-royong
Beliau kemudiannya berkata pihak pengurusan masjid dan surat mesti mengambil inisiatif untuk memperkasakan kualiti pengurusan dengan belajar dari pihak pengurusan masjid dan surau yang berada diluar Asajaya seperti di Kuching ataupun di Semenanjung Malaysia.

Abdul Karim, yang juga Ahli DUN Asajaya, turut mencadangkan pihak pengurusan Masjid An-Najjah melakukan aktiviti bersama dengan masjid dan
Sebahagian daripada sukarelawan yang terbabit
dalam program gotong-royong
surau disekitar Asajaya bagi tujuan merapatkan silaturahim dikalangan pihak pengurusan masjid dan surau di Asajaya.

Selepas selesai berucap, beliau menyampaikan watikah perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid an-Najjah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid an-Najjah Razali Leman.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar. -@ybkarimsays


No comments:

Post a Comment