Thursday 24 March 2016

Pendidikan kunci kehidupan yang lebih baik -Karim

March 24, 2016

TAHNIAH: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sijil kepada Umi Natasha binti Abang yang merupakan seorang pelajar cemerlang dalam SPM 2015

Datuk Abdul Karim Rahmah Hamzah
menyampaikan ucapan
ASAJAYA: Pendidikan adalah kunci utama kepada perubahan kehidupan yang lebih baik.

Atas dasar itu, menurut Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar PT3 dan SPM 2015 di SMK Hajjah Laila Taib pagi tadi, semua pihak mesti bekerjasama untuk membantu generasi muda agar cemerlang dalam pendidikan.

Beliau selanjutnya berkata kepentingan pendidikan mesti ditanam dalam sanubari generasi muda sejak kecil lagi oleh ibubapa.

Sebahagian daripada pelajar-
pelajar yang cemerlang dalam
PT3 tahun lepas.
Walau bagaimanapun, tambah beliau lagi, tanggungjawab ibubapa tidak terhenti disitu sahaja tapi mereka juga perlu membantu pihak sekolah dan PIBG.

Abdul Karim kemudiannya menyatakan rasa bangganya dengan prestasi pelajar dan komitmen guru SMK Hajjah Laila Taib.

Beliau turut mengucap tahniah kepada PIBG kerana berjaya mengadakan mesyuarat yang menyaksikan ada muka-muka baru yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa.

Abdul Karim juga mengumumkan akan menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada PIBG dan sekolah untuk tujuan kemajuan pelajaran dan prasarana.

Sebahagian daripada ahli PIBG
Selepas menyampaikan ucapannya, Abdul Karim menyempurnakan Majlis Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Pelajar PT3 & SPM 2015. -@ybkarimsays






Penasihat merangkap Pengetua SMK Hajjah Laila Taib Puan Judah Ahmad dan Pengerusi PIBG Tegak Mat ketika mesyuarat PIBG sedang berlangsung.

AMANAT: Pengerusi PIBG Tegak Mat memberi ucapan ketika Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang PT3 dan SPM 2015.

Puan JudahAhmad memberi ucapan.

PENDAFTARAN: Guru dan pelajar membantu ahli-ahli PIBG mendaftar 

PENDAFTARAN: Guru dan pelajar membantu ahli-ahli PIBG mendaftar 

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berbual dengan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Encik Basil Clement Andrew. Turut kelihatan ialah Puan JudahAhmad dan Encik Tegak Mat.

Sebahagian daripada hadirin.

JURUACARA MAJLIS: Encik Nginan ak Bangem dan Puan Soffia bt Mohd Sahi

PERTANYAAN: Ahli PIBG Encik Kassim bin Haji Fauzi bertanya sesuatu kepada AJK PIBG dalam mesyuarat.
*Gambar-gambar sumbangan SMK Hajjah Laila Taib


No comments:

Post a Comment