Saturday 5 March 2016

Perbalahan hanya akan membantutkan pembangunan dan kemajuan

March 05, 2016

MERAIKAN KEMENANGAN: Reaksi spontan wakil kumpulan (kanan) selepas menerima hadiah daripada Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Johan Pertandingan Bercerita
ASAJAYA: Perbalahan yang tiada kesudahan dikalangan ahli-ahli masyarakat mampu membantutkan proses pembangunan di sesuatu kawasan.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkara ini dapat dielakkan sekiranya semua pihak memberi keutamaan kepada perspektif makro dalam membuat keputusan.

"Semua pihak mesti menggemblengkan tenaga untuk membangunkan kampung
Johan Pertandingan Bercerita
tetapi ianya hanya mampu dilakukan sekiranya ada perpaduan dikalangan penduduk kampung," katanya ketika merasmikan Program Jom Kembara Sihat anjuran bersama Pergerakkan Wanita PBB Cawangan N14 Asajaya dan Ranting PBB Asajaya di Kampung Moyan Laut pagi tadi.

Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan turut serta menjayakan program tersebut.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan ucapan perasmian
Abdul Karim berkata walaupun telah banyak pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan Asajaya, perpaduan masih lagi dilihat sebagai faktor penting kepada pembangunan kerana masih lagi banyak pembangunan yang hendak dilaksanakan.

Beliau selanjutnya berkata, pembangunan bukan sahaja merujuk kepada pembangunan fizikal seperti jalan, bangunan sekolah dan tiang lampu, tetapi ia juga meliputi
aspek pendidikan.

Abdul Karim berkata pendidikan untuk anak-anak amat penting sekali kerana hanya melalui pendidikan, warga Asajaya mampu mendakap pembangunan agar seiring dengan tahap pembangunan di kawasan-kawasan yang lain.


Ahli Parlimen Kota Sentosa Puan Rubiah Wang turut memberi ucapan. -@ybkarimsays















No comments:

Post a Comment